Saturday, February 16, 2013

Bye.

Here we go again. Raya cina dah habis. Dan masa untuk pulang ke Puncak Alam, duduk atas kerusi, telaah buku. Walaupun hakikat seminggu cuti tu macam dua hari je. Tak rasa. Tak rasa macam seminggu pun. Apa pun aku puas cuti ni. Dapat pijak bumi Johor, dapat cium pipi mak, dapat dukung Ammar, dapat keluar dengan Azpa, Hawa and Telob, dapat layan dua movie dekat wayang. Cukup lah kot bagi aku. Dan post ini mungkin kali terakhir untuk bulan Februari ni. Mungkin. Memandangkan terlalu sibuk dengan urusan belajar. Nak dapat 4flat punya pasal. Nak jadi pharmacist punya pasal. Kenalah usaha dari sekarang ye dak. 

Ariff Danial b. Azrin,
A2806 Kolej Angsana UiTM Puncak Alam Selangor,
Sedang dinner mi sedaap roomate punya sebab stock maggi sendiri dah habis.

1 comment: