Saturday, December 22, 2012

MASALAH

Sebab dah lama aku tak tulis dalam blog ni, rasa kesian pula tengok orang keliling view blog ni tapi takda post baru (acah retis). Sepanjang dua minggu ni masalah masalah masalah je yang datang. Sampai aku rasa kenapa aku je yang tanggung semua ni. Dengan baju putih belang aku luntur jadi warna pink. Bukan satu tapi tiga. Bergaduh pula dengan kawan baik aku. Kawan baik aku dari darjah dua. Dengan jadual belajar yang pack. Terutama hari selasa dari 8.30 a.m. sampai 9.30 p.m. Asdfghjkl. Itulah carutan aku tiap hari. Tapi dalam hati. Sebab aku takut nak luahkan melalui qauli. Siapa tahu nanti Allah murka. Murka terhadap hambanya. Murka terhadap aku spesifiknya.

"Allah bagi masalah dekat kau. Sebab Allah hanya bagi masalah dekat hambanya yang kuat. Kau kuat"

No comments:

Post a Comment