Thursday, November 29, 2012

Roh menerkam jasad. Terbuka mata. Luas tengok atas. Kipas berputar laju dalam paksi sama. Alhamdulillah aku masih boleh melihat. 

Roh menerkam jasad. Telinga mengesan. Bunyi piston bergerak laju tatkala enjin kereta dihidupkan. Alhamdulillah aku masih boleh mendengar.

Roh menerkam jasad. Hidung membau. Teh susu dibuat ibu untuk sarapan pagi tersedia di meja tamu. Alhamdulillah aku masih boleh membau.

Roh menerkam jasad. Lidah bergerak. Masih terasa enak makan malam masakan ibu ternyata tiada tandingan. Alhamdulillah aku masih boleh merasa.

Roh menerkam jasad. Tangan tersentak. Bukakan kedua tapak tangan merasa perlahan-lahan jari jemari. Alhamdulillah aku masih boleh menyentuh.

"Kau bangun pagi, kau fikir lima ini, ternyata kau hamba yang suci. Lima pahala sudah diberi, tanda kau syukuri, nikmat yang Allah limpahi. Alhamdulillah"

No comments:

Post a Comment