Thursday, November 22, 2012

LESSON

Pengajaran aku belajar hari ini. Respect. Atau dalam bahasa melayu tradisionalnya, hormat. Hormat pemikiran orang. Hormat pendirian orang. Hormat pemakaian orang. Hormat segala benda yang berkaitan dengan orang yang semuannya ada perbezaan. Lain orang lain cara. Lain orang lain bicara. Tak semuanya sama. Berbeza. Dia mula berkata tak semestinya niat nak menyinggung kau. Jangan mudah terasa. Biar dia. Itu hal dia. Pendapat dia. Hal kau ialah duduk diam dan paling muka. Tak semestinya kata kata dia itu dituju terus pada kau. Jadi tak perlu gopoh melawan balik. Kalau betul pun dia cakap tu semua berkaitan dengan kau, rileks. Semua benda boleh settle. Ada satu cara, diam dan paling muka. Senang. Jangan panas hati. Dah kalau nafsu gaduh naik tinggi, kau sendiri yang rugi. Jadi, keep calm and remain idle.

No comments:

Post a Comment