Monday, November 26, 2012

Kawan

Hi kawan. Aku tengok blog kau. Kau nampak sedih. Sebab parents kau. Sebab keluarga kau. Aku tahu. Sebab aku pernah rasa dulu. Rasa ditinggalkan ayah. Sebab ayah aku dulu kerja berat. Dia kena keluar negeri setiap minggu. Setiap hari sabtu dia akan balik. Dan esoknya ahad dia keluar kerja. Kadang dua minggu sekali je dia balik. Satu bulan sekali pun ada. Sampai satu masa aku pernah terfikir, "Ni ke ayah aku? Ni ke orang yang patut jaga aku?" Benda ni jadi masa aku darjah dua sampai lah aku tingkatan tiga. Bayangkan berapa lama tu. Dan lepas tu baru aku tahu dia buat semua tu untuk keluarga dia. Payah nya dia. Susah nya dia. Semua sebab kitorang. Sampai aku nangis nangis dalam PLKN bila ada section kena cerita pasal idola masing masing. Dan aku refer idola aku sebagai ayah aku. Aku takkan menangis cerita lah pasal girlfriend ke apa ke. Tapi air mata aku akan jatuh bila ada orang sentuh pasal mak ayah aku. Walaupun cerita aku lain dari kau, walaupun aku tak rasa apa yang kau rasa sekarang, tapi kau kena tahu kau ada kawan. Kawan yang kau boleh anggap macam ahli keluarga kau sendiri. Kawan yang sanggup dengar keluhan cemuhan kau. Kawan yang sanggup pegang erat bilamasa kau jatuh. Aku harap kau okay. Kau susah sekarang, tengoklah senang datang dekat kau nanti. Cuma sabar. Allah bagi ujian dekat orang yang kuat imannya. Dan orang itu adalah kau, Qawwiy.

"Bersyukur walaupun pedih. Sebab Allah masih bagi kau peluang bernafas. Peluang ada mak ayah. Tak ramai ada peluang tu"

4 comments:

  1. after reading your post i found you're kinda tough guy . i'm proud of the way you are :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. i read both of the blog..ur blog and your friend's blog..both of you are good guy..i wish u all the best in your life :)

    ReplyDelete