Sunday, October 28, 2012

Hari ini hari aku.

Hari ini hari aku. Hari ini hari Ariff Danial bin Azrin. Hari yang bertarikh dua puluh lapan haribulan oktober dua ribu dua belas ini hari aku. Mengapa? Aku lahir tarikh ini pada satu sembilan sembilan empat. Akhirnya aku sah menjadi makhluk yang berusia lapan belas tahun dan aku amat bangga. Bangga masih bernafas selepas lapan belas tahun. Bangga masih melihat selepas lapan belas tahun. Bangga masih mampu berdiri selepas lapan belas tahun. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ucapan syukur tak terhingga. Kepada yang satu. Allah. Syukur ya Allah. Mak ayah terima kasih masih mampu jaga anakmu yang serba kurang. Tak kehendak bahagiakanmu dengan kejayaan pelajaran. Tak kehendak bahagiakanmu dengan wang ringgit. Tak kehendak bahagiakanmu dengan kasih sayang. Terima kasih kerana masih terima hamba kerdil ini sebagai anakmu. Aku hutang infiniti pada kamu. Kawan terima kasih masih ingat aku. Walau aku bukan kawan terbaik engkau tapi aku cuba. Terima kasih atas segalanya. Segala titik berat. Segala luah ketawa. Segala ruang bersama. Segala pahit rasa. Aku simpan. Aku semat dalam hati. Letak di bahagian dalam sekali takkan pernah keluar. 

"Allah. Family. Kawan. Terima kasih. Teramat sangat. Aku hutang budi. Budi yang takkan aku lupa sampai jasad aku dibawa cium bumi"

No comments:

Post a Comment