Wednesday, October 24, 2012

Dua Puluh Empat Oktober Dua Ribu Dua Belas.

Hari yang indah. Indah bagi seorang budak yang dah lama tak merasa apa itu makna indah. Empat petang bertolak ke rumah Ainur Amira Aliya dekat Bandar Putra. Plan nya sekarang nak buat surprise birthday party untuk kawan sehidup semati Nada Redzuan. Hasil komplot sama sama ibunya sekali, ibu Ainur sekali, aku sendiri, Wan Noor Zur Ain, Faidzah Hasan, Niena Soraya, Syafiqah Shahira, Khairul dan Wildan. Alhamdulillah berjaya. Dia tak tahu apa apa langsung pasal plan ni dan itu paling bagus. Tengok muka dia terkejut, okay kelakar. Tapi sebenarnya birthday dia sebetulnya pada dua puluh lima haribulan. Tapi sambut awal sebab dia sibuk pada esok hari. Apa apa pun, selamat hari lahir Nada Redzuan. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan dunia akhirat. InsyaAllah. Album Nightmare dari Avenged Sevenfold sebagai hadiah. Harap kau suka.


'Happy legal 18th Bubu'


Kiranya malam tu ada function lain. Family dinner dekat Pizza Hut. Sambut birthday bonda pada dua puluh tiga haribulan. Kakak pula pada dua puluh satu haribulan. Complete satu family. Ayah, mak, kakak, aku, adik lelaki, adik perempuan, adik lelaki kecil. Cukup. Penuh. Riuh. Syukur. Lepas berbulan tak temu, ini masanya kita lepas rindu. Syukur ya Allah.



Najwa Athirah, Nurin Adriana, Rokiah, Ammar Luqman


Amir Firdaus, Ariff Danial

Ayah kami bukan jenis fotogenik

"Kawan dan keluarga. Sangat penting bagi aku. Nadi aku. Hati aku. Jantung aku. Hilang mereka, hilang aku"



No comments:

Post a Comment