Monday, October 15, 2012

Day 3.

Day 3. Hari ketiga lepas aku mula sem break. Alhamdulillah rasa lega. Final exam macam bugima ada juga. Math, physics terutama. Ah semua sama. Hanya mampu redha, doa. Allah..

Hari pertama sem break aku duduk bilik aku dalam rumah aku dalam blok aku dalam uitm aku. Takda apa yang menyeronokkan. Duduk, baring buka laptop dengar lagu avenged sevenfold. Tak peduli orang lain..

Hari kedua mula perjalanan balik rumahku syurgaku. Bag penuh tangan tak cukup. Bahu yang ditakluki beban. Sakit tapi sikit. Tahan sampai bangkit. Bangkit terjah pintu. Salam mak ayah peluk cium. Nikmat..

Dan hari ketiga. Bangkit tidur mandi makan duduk depan laptop layan prototype 2 makan solat hadap tv makan solat pergi toilet makan baring. Ulang lagi baca sampai kau jemu..

"Buat apa yang kau nak buat. Esok mungkin kau dah takda. Legakan hati, payahkan diri. Takkan kau rugi."

No comments:

Post a Comment