Tuesday, October 16, 2012

15th October 2009.

That date. The date that makes the entire family of Arwah Azhar bin Ahmad cried that day. Raung. Tangis. Sedu. Itu je yang mampu kami buat. Yang nyata Allah lebih sayangkannya. Masih terbayang waktu tu aku dekat sekolah. Mak ayah datang sekolah bawa khabar. Khabar sedih dari Kuala Lumpur. Terdengar announcement, "Di minta Najwa Athirah bt. Azrin, Ariff Danial bin Azrin dan Amir Firdaus bin Azrin sila ke pejabat sekarang" Aku tak dengar. Amir adikku datang muka lain semacam pucat sedih. Diberitahunya atuk dah takda. Jantung gugur sekejap. Darah dalam kapilari berhenti seketika. Tangan terketar ketar. Mata mula basah. Cepat cepat aku berlari ikut mak ayah balik rumah pack barang terus ke kampung. Sampai sana, nampak sekujur mayat dah terbaring di masjid tunggu masa ditutupkan mukanya sahaja badan sudah dikafankan. Ayah cium atuk, dia nangis. Tak pernah aku nampak ayah aku nangis. Semacho macho ayah. Tak dapat bendung tangki air mata melimpah. Aku ikut ke kubur nak ditanamkan. Dekat situ mula air mata tumpah di helaian surah Yassin. Sayup sangat. Tak boleh nak digambar..

Ariff rindu nak tengok atuk senyum. Moga roh atuk ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan syurga Firdaus. Amin.



"Bersyukurlah kau masih ada yang sayang. Hargai. Bukan dilupai. Tak semua dapat nikmat yang kau dapat. Ingat. Hargai."

No comments:

Post a Comment