Thursday, March 28, 2013

Out of nowhere

Hi. This is Ariff Danial. Dah lama rasanya tak post dekat sebulan lebih gitu. And yes currently I'm in the middle of exam week. Esok exam ctu which is agama islam. Aku tulis ni pun sebab tak boleh tidur. Dari pukul 1 pejam mata tak boleh juga lelap tu. End up buka laptop dan mula taip. Dan sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. Cuma minta doa dan harapan korang untuk aku berjaya harungi exam week ni dengan tenang dan senang. Moga dapat 4flat amin ya rabbal alamin. Bukan senang untuk berjaya. Tapi bukan susah juga untuk berjaya. Yang penting usaha, tawakal, doa. Dan final exam ni juga bermaksud lepas ni aku takkan ada lagi dekat puncak alam ni. Asasi sains aku akan habis awal bulan 4 ni. Banyak sangat kenangan dekat sini. Takkan aku lupa sampai aku pergi. Takkan aku lupa sampai mati. Buat masa ni, korang lah kenangan paling terindah. Mula mula sem 1 memang lah tak berapa rapat. Tapi sem 2 ni baru nampak kita ni semua macam adik beradik. Adik beradik yang susah nak dileraikan. Eh dah buat drama pula kat sini. Apa apa pun habis final exam ni nanti aku post lagi lah insyaAllah kalau masih hidup. Mana tahu ajal sampai ke kan nauzubillah minzalik. Pray for me!

Saturday, February 16, 2013

Bye.

Here we go again. Raya cina dah habis. Dan masa untuk pulang ke Puncak Alam, duduk atas kerusi, telaah buku. Walaupun hakikat seminggu cuti tu macam dua hari je. Tak rasa. Tak rasa macam seminggu pun. Apa pun aku puas cuti ni. Dapat pijak bumi Johor, dapat cium pipi mak, dapat dukung Ammar, dapat keluar dengan Azpa, Hawa and Telob, dapat layan dua movie dekat wayang. Cukup lah kot bagi aku. Dan post ini mungkin kali terakhir untuk bulan Februari ni. Mungkin. Memandangkan terlalu sibuk dengan urusan belajar. Nak dapat 4flat punya pasal. Nak jadi pharmacist punya pasal. Kenalah usaha dari sekarang ye dak. 

Ariff Danial b. Azrin,
A2806 Kolej Angsana UiTM Puncak Alam Selangor,
Sedang dinner mi sedaap roomate punya sebab stock maggi sendiri dah habis.

Friday, February 8, 2013

Hi.

Finally ada kesempatan masa nak post something. Sementara tunggu ayah datang dari Johor Bahru angkut aku dari Puncak Alam ni terus pegi Kelana Jaya. Nak pergi Sunway Lagoon katanya esok. Summary for these couple of weeks ago;

Test 1 ended. Well after all Alhamdulillah sangat sangat bila dah habis last test hari rabu tu ya Allah memang heaven habis grrrrr dah macam habis SPM kateko. Tak terungkap merdeka dia. Rasa macam dah habis asasi pun ada. Alhamdulillah juga result boleh tahan cukup lah apa yang aku buat tu memadai. Semua lulus Alhamdulillah. Paper Physics rendah seperti biasa. Chemistry and Math was okay. Biology je tak dapat lagi ni. Menunggu Miss Yana upload dekat ilearn. Oh haah Miss Yana kahwin harini uuu selamat pengantin baru miss!

Went to Bukit Bintang with classmates. Sewa kereta Alza sanggup kau ha nak shopping punya pasal. Pergi dengan Qawwiy, Razzy, Fahmy, Amin, Nazrin, Hizren and Afiqah. Punyalah susah nak cari kereta sewa at last dapat pun. Beli baju basic abstrax, beach pants and 1TB external hard disk Transcend. Habis dalam RM400 juga lah haritu kemain shopping tak ingat dunia. But still it's worth it.




And also went to Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Gila punya plan last minute. Petang Jumaat nak gerak, pagi tu baru confirm. Gila tak gila. And again with Qawwiy and Fahmy. Tapi ada juga Yana, Ika, Haifa and the other 9 boys. Pergi naik kereta sewa and I'm the driver. Pecah rekod bawa 130km/h ikut jalan kampung. Oh yeah, before that Qawwiy bawa kereta langgar van makcik cleaner dekat kolej Rafflesia hahaha so damn hilarious! Terus trauma nak bawa kereta. And yes dekat Teluk Segadas, mandi pantai, redah hutan, snorkeling, BBQ. Penat but still enjoy. 





Cuti raya cina dah mula. Got a loooooooooooot of things to do right now. Can't wait to get back to Johor Bahru. Meeting with friends and etc. Looking forward to it.

Saturday, January 26, 2013

Dah tersangat lah lama aku tak update blog ni. Jadi ini sinopsis sepanjang aku tiada depan screen laptop menghadap blog;

Test 1: Math and Physics test rabu lepas. Math was okay. Tetiba jadi pandai pula lepas masuk dewan peperiksaan. Semua jawapan aku dapat. Jarang kau pandai macam ni arep oi. Senyum je memanjang. Tapi satu jelah soalan proving tu tak dapat jawapan sampai habis. Dapat buat sekerat je. Physics pula entah apa apa aku mengarut. Soalan senang padahal cuma memeningkan. Tak tahu nak guna formula itu ke ini ke sebab semua lebih kurang. Conclusion nya, Physics still sucks.

Cinta: Kemain tajuk aku tulis ni kan haaa romantik jiwang gitu. Yes I met a girl and she's worth it. Tak payah bagitahu nama nanti cakap aku riak pula ada awek baru. Diam diam sudah. Yang masalahnya sekarang ramai dah tahu kes aku dengan dia ni dekat Uitm puncak alam tu. Nak dijadikan cerita macam satu asasi dah tahu lah ni. Allahuakbar. Mana entah diorang ni dapat tahu entah. Stalk twitter aku lah tu sebab before ni pun aku mention dengan dia je. Sampai lecturer pun dah tahu ni lagi lah Allah!

Family: Ya aku balik ni sebab aku kesempatan nak balik even sekejap even dua hari even test 1 belum habis. Rindu. Sangat. Sangat. Balik jumpa Ammar tapi dia demam. Makin handsome adik aku ni nanti besar mesti handsome macam abang dia ni. Mak ada. Ayah ada. Nurin ada. Kak Najwa ada. Ammar ada. Amir je takda. Hmmm takpa insyaAllah CNY nanti kumpul ramai ramai macam dulu. Rindu.





Friday, January 11, 2013

Last post 3 Jan. Sekarang dah 12 Jan. Lebih seminggu aku tak post apa apa. Dan selama seminggu ni banyak benda jadi dekat aku. Kalau nak tulis kat sini, mahu tak lebam jari aku. Aku hanya boleh assumed that this week was a disaster. Mixed feelings all the time. Haih dengan quiz nya jahanam. Dengan result Muet yang asdfghjkl. Dengan duit KPT tak masuk lagi. Dengan barang makan semua dah habis. Fikir bendalah ni boleh buat aku gila. Terpesong dari tujuan aku datang sini nak belajar. Dah tak fokus dah fikir masalah yang datang tiba tiba. Penat. Penat sangat. Aku kalau boleh nak je balik Johor, duduk rumah, tidur dari pagi sampai petang dan takkan balik Puncak Alam lagi. Tapi bila fikir balik, gila ke apa. Haih mohon asasi ni cepat habis mohon!


Thursday, January 3, 2013

Belajaq.

Itu dia. Masa untuk belajaq. Lepas cuti sepuluh hari yang tidak-produktif. Kini tiba masa balik kolej telaah buku. Masa untuk buktikan kau boleh dapat 4flat. Masa untuk buktikan kau boleh banggakan mak ayah kau. Masa untuk buktikan tak perlu pergi oversea semata. Dan masa untuk buktikan kau boleh jadi ahli farmasi berjaya. InsyaAllah. 

Sunday, December 30, 2012

2012

A quick review of 2012. Banyak kenangan. Manis, pahit. Tapi majoritinya manis. Dan kerana itu aku berterima kasih pada Yang Satu. Alhamdulillah. 

Januari, 2012.
PLKN. Pengalaman paling bermakna dalam hidup aku. Kalau nak suruh aku cerita, satu hari belum tentu sempat habis.

Mac, 2012.
Dapat result SPM. Alhamdulillah 7A 2B. Cukup untuk aku. Cukup untuk mak ayah aku.

April, 2012.
Kerja Polo Ralph Lauren dan Nike dekat Johor Premium Outlet. Even part time, tapi still lumayan untuk aku.

Mei, 2012.
Finally dapat lesen kereta dan motor. Lepas terseksa dapat cikgu yang asdfghjkl. Lepas tu, dapat tawaran masuk asasi sains UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah!

Jun-Ogos, 2012.
Belajar. Belajar. Belajar.

October, 2012.
Sambut hari lahir ke-18. Oh how I wish I could repeat this moment..

November, 2012.
Alhamdulillah lagi sekali. Pointer untuk semester 1 lepas target, 3.85. Bersyukur sangat sangat.

Disember, 2012.
Jumpa seorang gadis. Perfection. Harap jodoh panjang insyaAllah.

Secara total, 2012 adalah tahun aku. Tahun Ariff Danial bin Azrin. Terlalu banyak kenangan manis untuk ditinggalkan. Dan mengharapkan tahun berikutnya lebih baik dari ini. 2013, tunggu.